Pedoman dari Secebis Nota Bunuh Diri Pelajar Unimas 30.03.2011

Mungkin agak kurang enak dan kurang sesuai jika aku membuat entry ini tetapi moga entry ini dapat menjadi panduan pada kita yang masih berpegang kepada agama dan masih lagi percaya BUNUH DIRI ADALAH DOSA BESAR.

Dari apa yang aku amati dari 'nota bunuh diri' dari blognya..ya! dia mempunyai blog, aku mengetahuinya dari seorang rakan maya yang juga merupakan bekas graduan dari unimas.

Jika benar itu blognya, memang ada terselit dua entry terakhir sebagai bukti yang dia benar-benar nekad untuk bunuh diri dan ia sedikit sebanyak seiras apa lagi 'kembar' seperti yang aku sedang alami.Cuma yang membezakan aku masih hidup untuk menaip dan dia...



Petikan entrynya bertajuk 'I Just Realized.....'

In this life, there is nothing that you hoped will actually come true as you imagine…

All the frustration I had in these past few weeks had merge my body and soul for the longest period of time since for so long…

I only hoped that this will not become my breaking point and I can continue to Contribute..

But as matters worsens, I may do things in a suicidal compulsion…

I just hoped it won’t be too quickly..

Anyway.. anyone that reads this.. If I finally departed.. I wish to make sure my family knows EVERYTHING there is to know about me… Even if it was the worst of me.. that was who I am…

God would send me to hell for all that I’ve done but who cares when it was too late anyway…

so that will be my good bye and I hoped it wouldn’t be soon but not too long as well… Living is HARD…

*Perhatikan tarikh ia di post dan tarikh kematian..sebulan..so, tiada siapa yang peduli..


Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar


"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70  kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati  orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk  mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Sabda Nabi Muhammad S.A.W
tanda-tanda kematian

100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
 

40 Hari Tanda Sebelum Kematian 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.


Senarai Pemain-Pemain Muslim (Islam) di English Premier League (Barclay Premier League muslim footballer)


"let's kick out racism"

Sebelum apa-apa mari kita hayati ayat diatas dalam bahasa malaysianya 'mari sepak jauh-jauh (racism dalam bahasa malaysia ape ek) racism".Artikel ini tiada kena mengena dia muslim dia okay dan dia tak muslim dia tak okay.Ini hanya sekadar informasi dan tatapan sahaja.

Tiba-tiba rasa terpanggil mencari keyword 'muslim footballer' di youtube setelah selesai meng'khatam'i video jack wilshire dan ternampak taged di sebelah seorang pemain sedang berdoa memakai jersi kuning berlambangkan meriam.

Jadi, semangat membunuh kucing meow-meow mula terembes di segenap ruang medula oblangata sehingga tangan gatal-gatal nak research untuk 'Barclay premier league muslim footballer'.

Arsenal
Robin van persie, Bacary Sagna, Nacer Barazite, ,abou diaby,thiery henry (subhah), Marouane Chamakh, Johan Djourou

Mesut Ozil Doa

Everton
Aiyegbeni Yakubu,Leon Osman,Marouane Fellaini

Manchester City
Kolo Toure, Yaya Toure, Edin Dzeko, Samir Nasri

Sunderland
Lorik Cana, Sulley Ali Muntari, el-muhammadi


Maria Ozawa, are you okay?

Kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda jepun pada 11 mac 2011 bukan sahaja mengejutkan para metereologist dan pengkaji alam sekitar tetapi peminat setia pelakun lucah ternama jepun maria ozawa a.k.a miyabi, seorang kacukan kanada-perancis-jepun yang berusia 25 tahun.




Apa ke sangap benar orang indonesia ni, ingatkan puak-puak pendatang yang ada kat malaysia jer jenis tak bertamadun.Rupa-rupanya yang boleh di katakan sudah maju mungkin sebab boleh menggunakan rangkaian sosial twitter pun turut sama sangapnya.

Tidak tahu lah mungkin selepas si maria ozaya a.k.a miyabi (japanese 'perfect' pornstar) membintangi filem arahan dari negara itu, filem komedi bertajuk 'menculik miyabi' yang dikeluarkan pada tahun 2009.Satu lagi filem yang dibintangi pornstar itu di negara indonesia adalah 'Hantu Tanah Kusir' yang dikeluarkan pada 25 november 2010 turut berjaya melepasi pasaran antarabangsa ke singapura dan sedikit sabah.

Antara serious atau seloroh itu mereka sahaja yang tahu.Dengan tersebar meluasnya tweet berbunyi..

"maria ozawa, kamu baik-baik aja?"
"aku harap kamu okay"
"tolong selamatkan maria ozawa"
"tolong lindungi maria ozawa"

Kebimbangan itu turut sama di kongsi oleh penerbit bagi filem terbabit:

“Frankly I lost contact with her (Miyabi), my last contact with him about 1-2 hours before the 8.9 magnitude earthquake and tsunami, then I sms and the phone she is not accept and also do not reply my sms,”said Ody Mulya.

Aku Terima Nikahnya



"Jodoh"

 jodoh dan kahwin itu misteri



Satu perkataan yang amat misteri.Boleh ditakrifkan definisinya secara objektif iaitu dengan pilihan dan boleh didefinisikan secara subjektif, sesuatu yang sukar dilihat apa lagi difahami.

Ada yang pernah berkata ianya datang dari syurga.mempertemukan dua jiwa yang berlainan tetapi seiring dalam satu aspek bukannya sesuatu yang boleh dikira logiknya, seperti debunga yang diterbangkan angin dan tiba-tiba terlekat pada stigma (salah satu bahagian reproduksi pada pokok) terus menjadi buah yang ranum.

Mungkinkah antara kita yang pernah terfikir, iaitu bagi yang cintanya diterima.Dengan hanya melafazkan suatu kata dua jiwa terus bersama, datang dari manakah semua itu?.Bagi aku ianya sukar untuk dimengerti kerana aku tidak pernah mengalaminya.Apa tidaknya jika asyik bertepuk sebelah tangan melainkan ada kompang di sebelah lagi.

Aku berkata dua jiwa yang bersatu dalam maksud perkahwinan.Aku sendiri masih tertanya-tanya bagaimana modus operandi yang menyatukan dua jiwa,hanya yang mengalaminya yang dapat menjelaskannya.

Bertuahlah bagi mereka yang telah dipertemukan dan mencintai jodoh sendiri dengan meneruskan hubungan yang  dari tiada apa-apa ikatan kepada kekasih yang halal disentuh, halal bersama dan halal menghabiskan sisa-sisa hidup ke akhinya.

Tetapi ada pula yang mengakhirinya dengan penceraian.Bagi golongan ini adakah mereka pernah terfikir betapa beruntungnya mereka pernah dipertemukan dengan suatu cara atau kombinasi methodologi yang amat misteri bagi aku.

Kenapa misteri?
Seperti yang aku katakan tadi bagaimana dua jiwa yang berlainan boleh mempunyai connection, dalam kata lain mutual connection iaitu suatu hubungan saling berkaitan di mana kedua-dua jiwa tersebut mempunyai suatu kerelaan untuk bersama.

Oleh itu, bagi yang bertuah dipertemukan dengan  jodoh yang  misteri ini,yang mana telah di’draft’ di syurga walaupun tidak sempat di’publish’ ketika perkahwinan.   

Hargailah hubungan yang tercipta ini dan jangan pula sia-siakannya, kalau boleh cubalah sedaya-upaya untuk memulihkannya kerana masih ada manusia yang tidak mempunyai peluang untuk mengungkap kata keramat…..