Berkemungkinan Safee Sali Tidak Dapat Bermain Untuk Malaysia dan Kelab-Kelab di Dunia - FIFA

Safee Sali yang kini sedang bermain bersama pelita jaya (Indonesia Super League) terpaksa di"kuarantin" kerana ISL tidak diiktiraf oleh fifa

According to Indonesian news portal Republika, FIFA had issued a letter to All-Indonesia Football Association (PSSI) president Djohar Arifin Husin stating that it did not recognise the ISL.

Safee Sali dan semua yang terlibat dengan liga indonesia termasuk pengadil mahupun staf-staf yang bermain/bertugas untuk liga tersebut tidak boleh ke mana-mana. Dengan kata lain Safee Sali tidak boleh pulang untuk bermain untuk kelab/negeri di Malaysia apa lagi untuk bermain untuk Harimau Malaya.Tapi barang diingat, beliau boleh balik ke kampung untuk bercuti, jangan risau =)

A freeze has also been imposed on transfer of players from the ISL, effectively preventing them from playing in leagues or championships in countries which are FIFA affiliates.

Fifa menggantung ISL kerana liga indonesia tersebut gagal merangkan kepada fifa secara terperinci kepada fifa.Isu tersebut adalah mengenai soalan berikut 


En. Fifa : Boleh kamu terangkan bagaimana cara untuk menguruskan liga untuk negara berpopulasi 240 juta ?

Bapak Indonesia : errrrrrr....

Maka fifa terus mengharamkan liga ISL setelah beberapa Inkuiri..

Itu la indon, kata malaysia maling la itu la...bak kata abu bakar atan tv3, apapun kebenaran sentiasa menang

saya bingung pak..ngapain tak boleh main untuk malaysia


kesian safee sali tak boleh bermain dengan pasukan kebangsaan...Lagipun barang diingat ISL adalah liga tidak diiktiraf sendiri oleh PSSI Indonesia


ISL adalah kejohanan kelab bola sepak profesional Indonesia tetapi tidak bernaung di bawah badan induk bola sepak negara itu, PSSI. - Bernama

Ruginya Tak Solat

Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.
Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.
Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat.
Ruginya budak-budak tak solat, Hasan dan Husin budak pun solat.






Qanaah* lah anda selagi anda dapat melakukan solat.

Gaji Drafter/Draftsman/Draftsperson/Draughtman/Pelukis AutoCAD

Pengalaman 1th. kebawah - RM 1200 (min. / landing)
Pengalaman 3th. kebawah - RM 2000 (min. / landing)
Pengalaman 7th. kebawah - RM 2500 (min. / landing)
Pengalaman 10th. kebawah - RM 3300 (min. landing)
Pengalaman 12th. kebawah - RM 3800 (min. / landing)
Pengalaman 15th. kebawah - RM 4300 (min. landing)
Pengalaman 20th. kebawah - RM 4800 (min. / landing)
21th keatas - RM 5500 (min. / landing)



 Drafter's Triangles


OT
= Gaji Bulanan / 24 / 8 x 1.5 sejam (daily)
= Gaji Bulanan / 24 / 8 x 2.0 sejam (weekend)

FREELANCE / PART TIME

1 Helai Drawing = RM 150 (revised kali pertama free, selepas itu RM 50 sekeping dan seterusnya)
atau
1 Helai Drawing = RM 100 (revised kali pertama RM 50 dan seterusnya)
atau
Assume 7 helai drawing seminggu Lump Sump RM1000 (Seminggu) / projek




Terima Kasih K-Pop Kerana Berjaya Menjahanamkan Anak Muda Melayu dan Islam

1.mereka mula lupa nama pertama diberikan ibu bapa
2.sanggup menduakan agama dan tatasusila demi pertahankan idola tersayang la sangat
3.sudah pandai berfesyen entah apa entah
4.mula buta, tuli dan pekak serta kudung kerana terlalu taksub
5.azan 3 minit lebih lama dari lagu-lagu k-pop yang 5 minit

kenali pesakit kronik k-pop...la sangat:

*sedang mempertahankan k-popnyer


 Ade lagi gampang...


Tips Penjimatan Petrol di Kala Kenaikan Harga Minyak

1. Pam petrol di awal pagi
Diketahui bahawa petrol a.k.a gasoline mempunyai takat didih yang rendah, senang cerita ia mudah menjadi wap berbanding cecair lain.Proses cecair menjadi wap sering dibantu ambient temperature (suhu sekitar).Jadi logiklah jika kita mengisi seawal pagi yang mana suhu sekitar dalam suhu minimum.waktu 4 a.m dikatakan suhu minimum di kawasan tropika, jadi bangun awal dan pergilah mengisi minyak


2. Isikan minyak ketika tangki masih separuh penuh
Logiknya adalah juga berkaitan sifat petrol itu sendiri iaitu petrol mudah evaporates (menjadi wap).Meskipun didalam tangki kebolehan petrol meruap tetap ada.Kita petrol masih ada didalam tangki, maka ruang kosong dalam tangki adalah sedikit jika dibandingkan dengan hampir E (empty).Setiap tangki kereta/motosikal pada lapisan bumbungnya dilapisi sejenis lapisan pemisah antara petroleum dan atmosfera (luar).Maka semakin kecil ruang antara lapisan petrol yang sedia ada dengan bumbung tangki, lagi lambat petrol nak meruap.





3. Jangan tekan kuat-kuat nozzle (kepala pam) ketika mengisi minyak
Lagi berkaitan petrol menjadi wap.Semakin laju anda mengepam, semakin mudah untuk petrol meruwap.Untuk pengetahuan, pam petrol mempunyai tiga tahap kelajuan, perlahan, sederhana dan laju.Jangan tergesa-gesa mengepam minyak.Pelan-pelan dan enjut sikit-sikit

Kenali Sikap Anda di Jalan Raya Melalui Jenis Darah

Photobucket
spesis yang selalu kene buli kat jalan raya XD


Photobucket
Spesis yang suke menyondol bontot kete orang tanpa was2 XD

Photobucket
Spesis yang selalu kene sondol bontot dan kene hon XD

Photobucket
Spesis paling banyak kene saman & ke liang lahad dgn tagline: biar mati katak jgn mati enjin XD




p/s: nasib baik gua berdarah jenis o *bersiul*



 

Filem-filem Aamir Khan Definisi 'bukan stereotaip' Filem Bollywood



memang ketika dia muda-muda dahulu di banyak membintangi filem-filem yang bergenrekn cintan dan cintun serta lelehan sebagaimana stereotaip filem hindi yang memang digemari rakyat malaysia.

wataknya dalam beberapa cerita bollywood telah menarik gua untuk "pass the popcorn to the friend" dan tercongok tanpa barang di ingat di kaca tv.setelah boleh dikatakan sudah cukop dewasa dalam seni hiburan bollywood 

wataknya sudah matang dan cuba lari dari konsep bollywood conventional yang biasa seperti nangis-nangis, guling-guling, warna-warni, gedebuk-gedebik dan banyak lagi kata gandaan yang memang sudah diketahui apa yang terjadi...tapi anda semua still suka tengok sampai abes kan....?

antara cerita yang dibintangi aamir khan yang berjaya membuka mata gua adalah:


 3 Idiots (2009)


Restoran Thai/Siam Restoran Lan Corner Tom Yam Seafood, Shah Alam, Selangor

Nama Restoren : Restoran Lan Corner Tom Yam Seafood
Kawasan :Persiaran Jubli Perak Batu Tiga, Shah Alam, Selangor (Berdekatan esso)
Harga Nasi Goreng Kampung : Rm 4.00/pinggan*
Harga Bandung Cincau : Rm 2.00*
Pelayan : Gadis Siam Comel-comel 
Pasang Bola : Tidak
Kecepatan Hidangan Sampai : Baru Nak Cucuh Rokok Dunhill 
Average Kesedapan : 4.8/5


Kereta yang Sesuai dan Compactible Dengan Gadis-Gadis


"Kereta Awek"

Di zaman sekarang saya dapati kebanyakan peminat kereta, menitikberatkan penggunaan kereta bukan sahaja hanya tertumpu kepada lelaki.Mungkin kerana sekarang wanita sudah mula bebas bekerjaya dan mereka kini sudah tahu apa yang diingini dari pendapatan yang diperoleh.

Kereta Cadangan Untuk Wanita

Walaupun seorang pekerja am dan bukan berjiwa kereta seperti nurul alis dan yang lain-lain.Wanita sekarang perlu lebih prihatin dengan kenderaan mereka, dalam hal ini keretalah kaddang-kaddang pompuan gunakan moto,ye dak. Dari pengamatan saya semasa bersiar-siar di sekitar putrajaya yang rata-ratanya 90% daripada golongan yang bekerja di sana, adalah perempuan.Jika anda tidak percaya silalah melawat putrajaya pada masa mula kerja dan habis kerja, anda akan mendapati hanya sedikit sahaja lelaki yang dapat anda lihat di sana. Oleh itu saya ingin menunjukkan kereta yang sesuai dengan makhluk Tuhan yang memang di anugerahkan dengan sifat lemah-lembut dan ayu ini hehe...

Travelog: Restoran Thai/Siam BBB Tom Yam, Bandar Baru Bangi, Selangor

"Triple B Tom Yam"

Bangi. Sebagaimana bermulanya sebuah bandar satelit di Malaysia yang lain. Mula terbentuk dari sebuah pekan kecil dan di'hibrid'kan kepada sbuah bandar baharu.

Memlalui pemerhatian bandar baharu mula dibentuk apabila wujudnya kawasan pendidikan (universiti, kolej) atau kawasan perindustrian.

Bandar baharu Bangi memiliki kriteria ini yang membawa kepada bilangan pemastautin yang kian bertamabah. Perumahan mula bertambah. Memandangkan perumahan adalah kawasan tinggal manusia yang memiliki mulut, esofagus, perut dan usus. Maka keperluan untuk wujudnya kedai makan amat menggalakkan.

Salah satu restoran berkonsepkan siam dengan 'trademark' tomyam Restoran BBB Tom Yam Seafood. Gedung menjamu selera dan mencuci mata bagi pemastautin yang ingin mencari jodoh kerana merupakan salah satu 'port' untuk segenap pelajar sekitar bandar baharu Bangi mengenyangkan perut mereka.


Usah kita jelaskan panjang lebar akan 'keperibadian' kedai ini, kita jadikan beberapa unsur dibawah sebagai 'benchmark' sebagai panduan bersama. Cekidaut, kipidap!

Nama Restoren : Restoren BBB Tom Yam Seafood
Kawasan :Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, Selangor
Harga Nasi Goreng Kampung : Rm 4.50/pinggan*
Harga Bandung Cincau : Rm 2.50*
Pelayan : Gadis Siam boleh lal dan jejaka kelate
Pasang Bola : Tidak/Cerita melayu ada
Kecepatan Hidangan Sampai : 1/4 Batang Rokok Dunhill 
Average Kesedapan : 3.5/5


Lokasi:

Google Maps




Foto:

Mercu tanda. Semasa penulis masih mengunjungi kedai ini pada zaman dahulunya, lampu kelip kelip kadang-kadang berfungsi dan tidak. Setelah sekian lama khabar berita mengenai lampu ini penulis gagal menegetahuinya.




Anda fikir anda tahu Travelog: Restoran Thai/Siam BBB Tom Yam, Bandar Baru Bangi, Selangor ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Wanita Malaysia yang Cerewet Mahu Mereka di asingkan Dengan Teksi Bewarna Pink

 PETALING JAYA: It is always a risk for a woman to take a taxi alone with a male driver, but for a blind woman, the stakes are even higher.

Norashikin (not her real name), 47, was taken on a terror ride a few months ago by a cab driver who told her: “I can take you anywhere, and do anything to you. You can’t even see me.”

Fortunately for her, she reached her destination safely. But not everyone is that lucky.

Many women, even those who are physically able, have been harassed, molested or even raped by taxi drivers in the past.

]With this in mind, the Association of Women with Disabilities Malaysia is calling on the Government to set up a taxi service “by women, for women.”

 “There is a great need for a taxi service dedicated to women,” said its president Bathmavathi Krishnan, adding that it would reduce the fear women faced in getting into a taxi alone, especially at night.

“Many of us who are physically disabled need help getting in and out of the cab, and it is preferable that we are handled by a female instead of a male driver,” she said.

Bathmavathi said there had been several cases where blind women who were harassed by taxi drivers could not make a police report because they could not provide the taxi’s licence plate number or even identify the driver.

“It is worse for us who are blind or wheelchair-bound as we will not be able to run if we are attacked,” she said, adding that such a service had been implemented in other countries.

“We hope the Government will take this seriously,” she said.





Jelas sekali wanita-wanita di Malaysia memang amat cerewet dan suka mementingkan diri sendiri.Oke, sebelum gua menaip lebih panjang, golongan ini hanya boleh dijumpai di bandar-bandar besar terutama KL dan bandar-bandar sekitar yang membangun lain, wanita di pekan-pekan dan kampung-kampung termasuk daerah tanah merah lupakan isu ini.

Kedudukan (Ranking) Kelantan FA a.k.a The Red Warriors Dalam Kedudukan Kelab-Kelab Dunia 2011

akreditasi: IFFHS

barang diingat racing santander dan real zaragoza bermain untuk liga divisyen pertama spain, La Liga.sebab tu lah banyak team malaysia tidak berpuas hati dengan the red warriors ape lagi lembu di cucuk idung bolasepak malaysia iaitu FAMville....












                                         






Latest Ranking : IFHHS

Restoran Thai/Siam Waritha Tom Yam, Ipoh, Perak

Nama Restoren : Restoran Waritha Tom Yam Seafood
Kawasan :Jalan Raja Nazrin Shah a.k.a Jalan Gopeng, Ipoh
Harga Nasi Goreng Kampung : Rm 4.50/pinggan*
Harga Bandung Cincau : Rm 2.50*
Pelayan : Gadis Siam dan tempatan di campur
Pasang Bola : Tidak
Kecepatan Hidangan Sampai : Setengah Batang Rokok Dunhill 
Average Kesedapan : 4.5/5




Foto:



Tips dan Adab Malam Pertama Menurut Islam



1. Ucapkan salam terlebih dahulu kepada mempelai wanita.

Sebelum melakukan hubungan badan, disunnahkan seorang mempelai laki-laki untuk mengucapkan salam kepada mempelai wanita. Hal ini untuk menenangkan hati dan pikiran si mempelai wanita sekaligus menghilangkan rasa was-was dan segan. Di samping untuk lebih mengakrabkan dan lebih mesra. Hal ini didasarkan kepada hadits berikut ini:

عن أم سلمة رضي الله عنها قالت : أن النبي صلى الله عليه وسلم لما تزوجها, فأراد أن يدخل عليها, سلم

Artinya: "Dari Ummu Salamah berkata, bahwasannya ketika Rasulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- menikahinya dan beliau hendak menggaulinya, beliau mengucapkan salam terlebih dahulu" (HR. Abu Shaikh dengan sanad Hasan).

2. Meletakkan tangan di kepala bagian depan (kening, jidat) isteri anda, kecuplah sedikit kemudian doakanlah kebaikan sebagaimana tertera dalam hadits berikut ini :

إِذَا تَزَوَّجَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً ، أَوِ اشْتَرَى خَادِمًا ، فَلْيَقُلْ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا ، وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

Artinya: "Apabila salah seorang di antara kalian menikahi seorang wanita atau membeli seorang pembantu (hamba), peganglah terlebih dahulu keningnya, sebutlah nama Allah dan berdoalah untuk keberkahan serata ucapkanlah doa berikut ini: "Allahumma inni as'aluka min khairiha wa khairi ma jabaltuha 'alaih, wa a'udzubika min syarriha wa syarri ma fiha wa syarri ma jabaltuha 'alaih (Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada mu kebaikannya (isteri) dan kebaikan apa yang saya ambil dari padanya, serta aku berlindung kepadaMu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang ada di dalamnya juga dari kejahatan dari apa yang aku ambil daripadanya" (HR. Abu Dawud, Nasai dan Ibn Majah).

3. Shalat sunnah dua rakaat bersama mempelai wanita. Shalat sunnat malam pengantin ini sunnah hukumnya. Hal ini didasarkan kepada riwayat dari Abu Said mantan budak Abu Usaid berikut ini :

Travelog: Restoren Thai/Siam di Alor Star, Kedah

Nama Restoren : Restoren Nan Seafood
Kawasan : Alor Star, Kedah (setentang stesen bas shahab perdana)
Harga Nasi Goreng Kampung : Rm 4.00/pinggan*
Harga Bandung Cincau : Rm 2.00*
Pelayan : Gadis Siam Comel-comel
Pasang Bola : Ya
Kecepatan Hidangan Sampai : Setengah Batang Rokok Dunhill 
Average Kesedapan : 3.9/5



*harga merupakan gambaran average @ benchmark yang biasanya ada di restoren thai


Anda Memang Hantu Fesbuk (Facebook) Jika....

Mari kenali beberapa kriteria yang diperlukan untuk menjadi hantu fesbuk...




1.korang memang hantu fesbuk kalau setiap kali makan nasi bersama keluarga korang tak henti-henti menaip status sambil menyuap nasi ke mulut sambil diperhatikan oleh ahli keluarga dengan muka yang bukan buku dah tetapi dengan buku-buku lima nak naik ke kepala korang.kalau boleh setiap biji nasi serta molekul-molekul air korang nak tolong updatekan perasaan derang.Ye la ape perasaan nak kena telan.

2.korang memang hantu fesbuk kalau dah pandang lepa ada kamera tidak kamera apa sekalipun, kamera henset 3310 pun jadi la (3310 ade kamera ke) itu belum dslr,lrt,mrt,dalr..dan banyak-banyak r lagi.Sampaikan masa tengah memerut pun sempat lagi nak snap gambar semata-mata nak post kat fesbuk korang.Nanti kalau dah masa nak kena tanam lam kubur ape kata korang snap sepam dua gamba leh upload kat fesbuk ye dak?

3.korang memang hantu fesbuk kalau memang dah tak boleh berenggang dengan laptop mahupun smartphone korang.Ketika di pejabat pun bila bos atau supervisor tade sanggup menyorok bawah kerusi, bawah kerusi tu bukan bawah meja sehinggakan terdengar oleh membe-membe gelak korang yang terkekek-kekek membaca komen dalam fesbuk diiringi oleh beberapa kentut kecil yang mungkin terhasil dari tindakan anda tersebut

4.korang memang hantu fesbuk jika memang korang rasa sudah tidak cukup dengan membe manusia tetapi berjaya meng'add' dan meng'aproved' hantu original yang lain seperti pontianak,potibapak, pontimak, toyol,yotol dan sebagainya seperti yang di uar-uarkan oleh filem melayu masa kini

5.korang memang hantu fesbuk jika mempunyai kawan yang sememangnya sudah tidak mampu lagi ditanggung oleh database facebook dan satu lagi jika yang membaca post ini adalah friends facebook kepada akaun ini click sini memang anda juga tidak lain tidak bukan hantu-hantu fesbuk juga har har har


anda fikir anda tahu anda memang hantu fesbuk (facebook) jika..? anda fikir sekali lagi..

asslamualaikum....

Cara Urban Mengurat Awek 2.0

zaman sudah berubah, sekarang semua dah urban, ikut keadaan la beb.Takkan nak guna skill ngurat awek zaman kuno kot.Sekarang zaman ipad, tab dan ape-ape entah lagi gadget yang moden serta rare mata memandang.jadi skill mengurat pun kena rare.Sebelum gua nak pergi semayang jumaat ini gua nak bagi sedikit tips yang mungkin berguna setelah pening buat drawing tetiba kuar idea yang mungkin menarik wakaka




Tanya jam pukul berapa?
1.Tu zaman jakpa tonggek dan zaman orang makan ubi kayu tanpa was-was lagi.Baik simpang je skill ni kat recycle bin atau dalam semak samun belakang umah pak kencoro.Bila-bila tukar taktik ni dengan tanya 'berapa dah balak skang?" itu baru rare.Kalau dia jawab "ada la dalam 3 guni" tu sepantas kilat anda boleh bawak dia dalam guni pergi kelab malam atau pasar malam.

Bagi bunga di taman astakona?
2.Ni lagi satu, kalut petik bunga di sekitar taman bunga apa lagi yang jenis tanam sendiri.Korang ingat pompuan skang ni jenis ladybird ke lebah ke nak bagi bunga, jadi madu pun derang tak nak.Lain kali bagi la hanset berjenama epal ke buah langsat ke duku ke, tab 2.0 ke,laptop paling nipis ke,sedulang duit dollar amerika ke..dengan tanpa usul periksa awek tu melompat dalam pelukan korang yang bukan muhrim tu.

Pantun,sajak, syair, gurindam yang puitis?
3.Apa barang..kata awek skang la..ni bukan zaman tv kaler itam putih bai..zaman 'eck dey' (HD) kata lionell messi, zaman piring terbang (astro), dan zaman henfon nipis-nipis yang kalo letak mana-mana konfem susah nak cari.Cuba keluarkan seikat kad kredit kaler emas, silver ape lagi platinum, beratur awek dari chiang mai ke woodlands awek menari cakpong dan jaipong serta jai ho depan korang tergelek-gelek

Nak jadikan adik angkat?
4.Ni baru betul zaman batu seremban dan batu kelikir.Kuno punya skill.Ni kalo buat kuih bagi makan kucing pun kucing muntah.Daripada beradik-berkakak angkat apakata korang 'angkat' keluar duit simpanan korang dalam bank buat rumah banglo lima puluh belas tingkat.Jangan kata awek tu terangkat, bapak serta mak angkat awek tu pun mampu terangkat tanpa was-was

Kenyit-kenyit mata?
5.Ni skill nak ngurat ke nak mintak awek tu bawak pergi klinik ape lagi hospital?Cuba aplikasikan kenyit-kenyit mata tu kepada kenyit-kenyit jari menekan penggera kereta sport, kancil? ape barang..sportkah kancil.Paling pailang pun maunya civic typr-R 2.0 second hand.Lambo, porche dan kete feveret gua evo 8.Setakat kete proton BLM 1.6 yang gua nak beli tu ape la sangat.Kalau dah berjaya dengan tektik kenyit penggera kereta sport guna jari jemari anda sumpah awek tu tak terpikir dah nak bawak kat klinik ape lagi politeknik eh silap poliklinik, dia terus bawak korang pergi jumpa mak bapak dia di'attachment' sekali dengan tok kadi kampung seberang sekali.

anda fikir anda tahu cara urban mengurat awek? anda fikir sekali lagi..

asslamualaikum..

Orang Negeri Sembilan Memang Tidak Boleh Dibuat Kawan



Kekecewaan peminat fanatik kelantan: gomo kelate gomo terserlah semalam kerana kegagalan skuad the red warriors yang bertandang ke stadium paroi tidak dapat mengutip mata penuh setelah diikat oleh pasukan negeri sembilan seri tanpa jaringan setelah mendominasi perlawanan.


Ewah macam best plak gua tulis ayat kat atas, kena bukak website sukan pasni ni.


Itu tidak mendukacitakan lagi kerana setakat mahu mengejar pasukan kendalian K Devan, selangor di puncak liga super bukannya susah sangat.Tetapi game semalam di cemari oleh penyokong negeri sembilan yang memang jakun sebagaimana penyokong perak di stadium ipoh baru-baru ini.


Jika dahulu selangor, dan selepas itu perak dan sekarang negeri sembilan.Dua pasukan terdahulu hanya memainkan sentimen dimulut sahaja provokasinya tetapi bagi game antara kelantan dan negeri sembilan semalam sesungguhnya provokasi yang amat tidak boleh di terima.



Gambar: Bendera Kelantan Dibakar Penyokong Negeri Sembilan

Jika dalam perang terdahulu pemegang panji (bendera) merupakan orang paling penting dan dipertahankan tetapi provokasi dengan membakar bendera seperti ini memang tidak boleh diterima.Berkongsi satu mata sahaja pun bukan nogori ekau kalah, kobau botoi.

anda fikir anda tahu Orang Negeri Sembilan Memang Tidak Boleh Dibuat Kawan? anda fikir sekali lagi..

assalamualaikum.. 

p/s: ini semua ideologi tak bertamadun si usop wilcha 'kite bakor' kite bakor' dari layan tagline begini ada baik layan pak salam erwin joko anwar dari sofi jikan yang lebih lawaknya dari usop wilcha.

Kontroversi: Lagu Luahan Hati Kristal dan Apit


Dalam pada sedang melihat 'inbox' di akaun youtube sendiri gua ada tiba-tiba tertekan satu muzik video yang bertajuk 'Kristal - Luahan hati (MTV) Dis' 10'.Layan kepala otak sebelah kiri best jugak gua cakap kat diri sendiri, ye tak diri sendiri? ya ya kata diri sendiri.



Kristal - Luahan hati

Seperti biasa kalau gua nak tengok sesebuah video gua akan tengok description dan komen dari youtubers dulu kat bawah.Gua pernah terkena banyak penipuan dari tajuk ni, tulis '2012 the movie full' tapi letak ceramah bible dan sebagainnya jadi setelah belajar dari pengalaman lalu gua tengok description dan comments dulu.

Sudah menjadi kebiasaaan mungkin video dari malaysia ni ramai sahaja yang mudah 'butthurt'.Hari tu masa gua layan video 'Exists - Seperti Dulu', timbul jugak isu yang sama.Jenis yang pandai menaip tapi otak letak kat tandas, mungkin.Banyak komen yang mengatakan isu ciplak lagu dan 'tiru gaya artis' oke, ayat ni tak berapa sesuai.

Mungkin ada yang tak kenal kan sebuah band pop sekitar tahun 90-an yang bernama 'Rialto' yang menyanyikan lagu 'monday morning 5:19' (boleh tahan jugak lagu ni.Dikatakan exist meniru lagu ni dari lagu tersebut menjadi lagu 'seperti dulu'


Jika Aarif Rahman (Aarif Lee) Itu Muslim, Mungkin Bruce Lee...

Aarif Rahman, secara skeptikal dan stereotaipnya mesti masyarakat kita akan menganggap nama sebegitu hanya untuk orang melayu dan arab.Sebagaimana nama robin van persie yang dikatakan islam, kalau islam kenapa namanya robin?Jika anda berkata sedemikian sememangnya anda seorang yang tipikal dan agak-agak dalam dunia yang praktikal ni boleh lah berubah.

Aarif Rahman atau juga dikenali sebagai Aarif Lee sebenarnya nama seorang cina yang mempunyai bapa yang melayu (malaysia),arab dan kantonis (cina) dan ibu seorang hong kong.Dia merupakan seorang penyanyi dibawah naungan leon lain di hong kong.
Penyanyi dan pelakon Hong Kong ini mula menjadi artis sekitar 2009.Pada tahun 2010 anak muda yang lahir pada 26th februari 1987 ini telah memenangi 'Best New Performer' di 29th Hong Kong Film Festival, dari filem 'echoes of the rainbow'.

Aarif Rahman a.k.a Aarif Lee
Aarif Lee menjadi topik perbualan setelah dia membintangi filem biografi terbaik pernah dicipta yang berdasarkan buku dari adik bruce lee sendiri iaitu 'Bruce Lee,My Brother'.Dia yang memegang watak sebagai bruce lee sendiri yang sememangnya agak kena dengan namanya serta personalitinya.

Tentang agama islam atau muslim kah dia itu tiada sumber yang boleh memberi kepastian...mungkin dengan meng'add'nya di facebook atau twitter boleh mengetahuinya.

Kerana di zaman sekarang kebanyakan islam dan muslim hanya pada nama dan bukan mempraktikkannya.Jadi jangan la terlalu skeptikal dan stereotaip bila seseorang itu mempunyai nama islam tetapi tidak mempraktikkannya..seperti artis-artis bollywood..

mengikut dari sumber pembacaan di forum-forum dia ada memiliki anjing dalmatian dan tiada siapa dapat membuktikannya ia perlu keluar dari mulut orang itu sendiri.

Aku dapat rasa mamat aarif rahman ni akan jadi fenomena kat awek-awek yang minat korea, jepun dan cina kerana mukanya yang mix seakan-akan 3 bangsa tersebut.Dia bangga menggunakan nama arab sebagai stage name lagi kenapa bukan kita ye dak cik sally (salimah), kak jean (jenab) serta mak cik moon (maimun)

Just wanted to clarify. Aarif is part Muslim. He has Muslim blood. We know him as Aarif Lee, but his real last name, the name he uses for his films is Aarif Rahman. Aarif and Rahman are both names derived from Arabian and Muslim ancestry. Thus, Aarif is Muslim (I think his dad is Arabian, Malaysian Chinese). But he does not practice any thing to do with the Muslim religion. But he is muslim

 He is Muslim only by birth. I have not seen him, but he was in an interview where he talked about his family and his background, and says that although his dad's side of the family is muslim by blood, he doesn't practice anything in that religion, but he his still proud to have that ancestry. Also in the interview he says that he is Christian, he was raised Christian and his family is Christian for the most part.
quote by his friend

Dengan kata lain dia cuma adalah seorang muslim dari namanya kerana keturunan bapa tapi bukan muslim yang sebenar kerana tidak mempraktiskan islam itu sendiri.

Anda fikir anda tahu Jika Aarif Rahman (Aarif Lee) Itu Muslim, Mungkin Bruce Lee...?

Anda fikir sekali lagi...

assalamualaikum...

Orang Barat Memang Tidak Akan Pandai Membuat Cerita Hantu Seperti Orang Asia


Semua cerita tidak kira movie/filem mahupun drama tiada yang bergenre kan 'hantu' (ghost)  masyarakat barat dengan senang cerita mat saleh bukan lah cerita hantu sebenar-benarnya.Mereka tidak pandai dalam mengolah cerita 'hantu', berpuluh-puluh cerita yang dikategorikan oleh mereka sebagai 'hantu' bukanlah dalam definisi hantu yang sebenar-benarnya.Mungkin perkataan 'ghost' dalam kamus mereka hanyalah sekadar istilah.

 Ekau Pusing la mano-mano Dio Jeling Ekau Jugok co torai

Jika ingin menikmati rasa bersama-sama hantu kita kembali semula ke asia, oke dalam skop lebih kecil lagi asia tenggara oke, stop.Thailand dan indonesia merupakan pelopor terbesar industri per'hantu'an.Malaysia baru terkena tempias yang ni kita cerita kemudian.Walaupun banyak negara yang mempelopori bidang per'hantu'an ini tetapi mereka mempunyai trademark sendiri.

Misalnya hantu thailand dan korea stereoaip mereka adalah sedih.Paling sadis adalah hantu dari thailand, majoriti plot penceritaan memang menyedihkan disamping awek-awek cun.Korea selatan memang terkenal dengan konsep kesdihan melampau bukan cerita hantu pun memang dah sedih.Bagi indonesia pula hantunya agak kompleks jika hendak ditafsir kadang-kadang sedih, kadang-kadang lucu dan kadang-kadang mengarut sehingga tidak menepati standard piawai ISO 5003 konsep per'hantuan'an dunia.

Kita terbang semula ke negara sejuk dan agak barat di sinun...

Di amerika dan eropah hantunya bukan menyeramkan tetapi 13 SG (sian rebecca black takleh layan haha), lebih senang lagi edisi thriller.Mereka tidak sepatutnya mengklasifikasikan cerita-cerita mereka itu sebagai cerita hantu kerana kalau nak (hantu nang nak) dan serta hantu kak limah ketawa besar jika orang barat mengkalsifikasikan cerita thriller mereka sebagai cerita horror, oke ghostbuster dan casper dikecualikan kerana kartun dan animasi.

Di Mana Sekarang Ben Nathan Penyanyi Lagu Stanza Sepi Sekeping Hati?

Terima kasih lagi kepada Mamat Khalid yang pandai bermain keybod ketika gelanggang maharajalawak minggu 3 pada jumaat lepas.Tanpa beliau tiada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), tanpa HKLBR tiada watak usin, tiada watak usin tiada scene menyanyi lagu stanza sepi sekeping hati.

Aku boleh bet yang jika tiada scene di mana watak husin menyanyikan dua patah bait lirik lagu stanza sepi sekeping hati tidak akan ada anak muda sekarang yang akan tahu kewujudan lagu tersebut yang dipopularkan sekitar tahun 1989-awal 90-an oleh Ben Nathan atau nama islamnya Ben Adam yang juga seangkatan dengan Ibnor Riza, Nasier Wahab, zamri dan Shidee.



Orang zaman dulu punya suara memang terbaik walaupun kurang pakej personaliti, sekarang semua suara dah tak guna janji kacak dan comel serta seksi dan boleh jadi artis.

Ke mana ben nathan menghilangkan diri?

Kali terakhir yang berjaya dikesan adalah pada tahun 2009 dengan terbitnya satua artikel dari akhbar utusan malaysia yang di tulis oleh Muzlina Abu Bakar.

Bruce Lee is My Brother 2010 is The Untold Bruce Lee's Story Until Now


 ......bermula dari guli
Berlatarbelakangkan zaman 40-an.Bermula dengan permainan guli, empat kanak-kanak sedang asyik bermain meskipun saling tidak mengenali.Setelah melihat betapa salah seorang yang begitu cekap bermain guli sehingga mungkin akan merampas semua guli yang ada maka seorang dari kanak-kanak tersebut merebut ke semua guli yang dipertaruhkan dan melarikannya.Dari situ bermulalah kejar mengejar keempat-empat mereka.Salah seorang daripada mereka (yang power main guli tadi) berjaya menagkap dan merampas kembali guli yang diambil.


Dari situ mereka berempat menjadi kawan karib lebih senang digelar sahabat.Kemana sahaja mereka akan bersama sehinggalah ke kolej.Meskipun masing-masing iaitu Li Yang, Kong, Skinny dan sloppy cat berbeza personaliti dan latar belakang itu bukan penghalang mereka menjadi sahabat karib.


 keluarga Li Yang


....konflik: antara kawan dan cinta
Dalam tahun 1957 konflik persahabatan mereka bermula apabila salah seorang daripada mereka berempat (Li Ynag) meminati seorang gadis dari u.k yang bernama Pearl yang juga merupakan kekasih a.k.a girlfriend kepada sahabatnya, kong.Dilema mula terjadi apabila Pearl mengajak Li Yang untuk menyertai contest tarian cha cha di kolej mereka. Bagi Li Yang yang begitu setiakawan dan mementingkan persahabatan terpaksa menolak tawaran Pearl kerana tahu yang kong merupakan kekasih pearl dan sahabat baiknya juga.

Tiada siapa tahu partner Li Yang untuk contest tersebut meskipun Margaret (diam diam jatuh cinta dengan Li Yang) juga ditolak oleh Li Yang untuk menjadi partner untuk pertandingan tersebut.Dari sinilah mereka berempat mula renggang dimana Kong telah melarikan diri dan Pearl kembali ke Britain semula.

Li Yang pula mula berubah dan menjadi tidak seceria dahulu dan demi mengembalikan keceriaannya dia mula belajar martial art wing chun dengan seorang pengamal martial art tersebut setelah diperkenalkan oleh sloppy cat.Maka Li Yang sudah tidak lagi berlakon sepertimana yang dilakukannya sebelum ini sebagai seorang pelakon ternama di hong kong.

Siapa Li Yang, Skinny, kong, Sloppy Cat, Margaret dan mereka-mereka semua ni?Kalau nak tahu siapa mereka mari kita rewind entry ni dari asal kejadiannya....

Bzzzzperffff....san francisco...perfiiii meow....phoebe.....peng pengcing cing...push push....ting tong tingtong..nakal..piff piff wanted...robert lee...perfff...gedek kedek...
bunyi flashback versi tape rewind

Kenapa Amir Maharaja Lawak Masih Tidak Disingkirkan Oleh Pihak Astro


Eden lihat ramai benar yang tek puas hati dongan si amir maharajalawak ni,cubo la mengkome-mengkome sekalian pikir secaro warez (waras) dan positifnyo.Kenapo pihak astro masih laie duk simpan si budak kementot amir ni haa..tengok ese dah ber'kecek' dalam bahaso nogori ni haa..ni penangan si nabil al-bruno mars la ni.

Kawe meme dok puah ati jugok, duk baco kat blog-blog pahtu dale youtube atapun (ataupun) di mano-mano upload video service hok kato ore kelate ni supo amir, duk pakak undi amir supayo tok tersingkir.Hok ni hok kawe panah pedal (metafora marah) ni, amir tu amir la bakpo duk kait nga ore kelate pulok.Meme (memang) dio tok best sekaro (sikit pun) pun.Kawe malu ngelih (lihat) duk nopat-nopat (lompat) supo kero.Maah ter cankap bahansa ibunda pattani.

 Amir Maharajalawak: Makhluk ni pun sekor, jenih tok berjenih..

Berbalik kepada tajuk kita, cuba fikir secara positif dan versi kromosom cukup 23 bukan kurang satu kromosom iaitu versi sindrome down.Ada bagusnya si amir maharajalawak ni dikekalkan.Kenapa?

Khasiat Memakan Telur Separuh Masak untuk Kesihatan Batin dari Kaca Mata Seorang Mekanik


"Half-Boiled"

Ini merupakan satu kajian dan teori menggunakan neuron-neuron dan sinaps sendiri dengan kata lain 'common sense' sendiri.Untuk mengelakkan dari sebarang tokok tambah aku tidak membuat kajian dari mana-mana sumber.

Kenapa orang selalu memakan telur masak separuh dan madu untuk kekuatan tenaga batin?


Telur Separuh Masak Berkhasiat: Google Image

Dari logik yang aku fikir sendiri begini ceritanya.Sememangnya kita sudah tahu yang telur mempunyai kandungan protein yang banyak.Tidak kira yang kuning ataupun yang putih walaupun begitu telur tiruan aku tidak tahu banyak ke tidak bilangan proteinnya.

Melalui pembacaan buku pmr tingkatan tiga bab 4, ada diterangkan bahawa semen atau air mani majoritinya terbina dari protein.Dari apa yang aku belajar semasa di sekolah kejuruteraan dahulu a.k.a UMP.Kami ada diajar mengenai kelikatan dalam bahasa buku tebalnya viscosity.

Viscosity ataupun kelikatan adalah daya yang terdapat antara molekul (dalam hal ini semen atau air mani) dengan dinding yang bersentuhan dengannya.Semakin tinggi tahap kelikatannya semakin pekat sesuatu bendalir tersebut.Oleh itu jika kita ingin menambahkan tahap kelikatan bendalir tersebut kita perlulah memasukkan bendasing lain dalam hal ini adalah protein.

Mengikut logik dan teorinya dengan menggunakan kepala hotak aku yang berjambul ni haha, jika molekul air lagi banyak daripada molekul lain yang terdapat dalam semen itu bermakna semen atau air mani itu dalam keadaaan cair dan sebaliknya.

Kenapa kita perlukan kepekatan yang tinggi kepada semen atau air mani ini?

Jawapan berdasarkan kepala hotak aku yang berjambul ni senang sahaja ya tuan puan.Bagi sesiapa yang tidak menambil aliran sains mungkin agak ternganga serta berjaya melopongkan mulut mereka sebanyak 45 darjah dari paras dagu kerana mungkin mereka yang mengambil akaun ataupun sastera tidak tahu makhluk puaka apa yang sedang aku katakan ini kerana aku akan menyebut beberapa istilah yang mungkin membuatkan proses kekomfiusan (haha) akan berlaku antara istilah sains dan alatan mekap simplicity dato' siti.


Download Lagu-Lagu OST Hantu Kak Limah Balik Rumah


Hantu Kak Limah Balik Rumah sudah menjadi fenomena di Malaysia.Tahniah kepada Mamat Khalid kerana minda dia yang di luar kotak.Jika dia tidak memperkenalkan pelakon-pelakon underdog masakan kita boleh kenal siapa usop wilcha dan ramai lagi.

Kita jangan tengok videonya sahaja kita kena layan lagu audio soundtracknya juga, apa lagu ost hantu kak limah balik rumah...bersama scene..

 Kak Limah: Ko Pehal Nyanyi Sorang-Sorang Gila ke?


Kepulangan usin dengan motor besar:

Semasa Usin on the way nak pergi mandi sebelum ditegur abi dan usop:

Lagu Opera yang Menyebabkan Usop Wilcha dilanggar jentolak:

Usin, Pak Jabit, Usop wilcha, Abi Hurairah dan Pak Abu melarikan diri Closed-up:

Pak Salam Erwin Joko Anwar Di Hantarin Pulangin ke Bantingin Menaikin Keretain Biruin:


Usin Duduk Malam-Malam Tunggu Cik Nin kat Jeti Sungai:

Usop Wilcha dan Abi Hurairah sedang Menikmati Maggi Dari Singapore di Rumah Usin:

Abi Hurairah Sedang 'Memerut':

Kepada yang Akan Mematikan Diri, Mati, dan Dimatikan ada Fakta Menarik untuk Anda



Kalau ada sape-sape nak baca klik saje lah gambar tu haha..dah ejas takleh besarkan lak..ni mesti kes illuminati ni.



Trolling Medium Terbaik Mencari 'Butthurter' dan Mengenal Stereotypes Sesebuah Komuniti


Walaupun aku bukan seorang ahli sosiologi mahupun budak universiti yang membanci tentang sosio dan 'so sial' dalam suatu komuniti tapi aku agak berminat dalam mengkaji perlakuan (behavior) dan karakter (character) sesetengah dari kita ini iaitu manusia, oleh itu tiada haiwan tercedera dalam pembikinan entry ini.

Epic Trollface: u mad with me? haha


Aku jadikan blog ini,akumijae.com sebagai source utama dalam mengkaji perlakuan dan karakter yang wujud dalam dunia.Selain itu ada juga platform lain seperti facebook (status atau wall post) dan twitter mungkin.Malah menggunakan foursquare juga berhasil dari sini dapat juga tahu ke mana mereka pergi dan boleh mengaitkan dengan perilakunya.

Kontroversi Ujang dan MOY Publications Plagiarism, Copyright dan Penipuan



"To steal ideas from one person is plagiarism, to steal ideas from many is research"

Dahulu majalah ujang dan gila-gila merupakan peneman tidur aku masa zaman kanak-kanak walaupun tadika belum masuk lagi (kes tengok gambar sahaja).Majalah ujang dan gila-gila yang lahir sekitar tahun 80-an dimana aku masih lagi menaiki kereta kuda kaler pink pusing-pusing dua batang pokok mempelam (pauh ringan).Awal 80-an jugakla dalam tahun 1987 dimana majalah gila-gila yang menjadikan watak kartun din beramboi sebagai maskot majalah humor tersebut.

Banyak karya hasil lagenda kartunis malaysia ini yang menggunakan nama ujang atau nama sebenarnya ibrahim anon yang tinggal di juasih, negeri sembilan.Antara koleksi majalah yang berjaya dihasilkan olehnya majalah gila-gila (kartun pertamanya Loose si tenggang), Aku budak minang, Aca, Intelligence Blues Club, dan Jibam (sambungan dari novel Jibam).Aku masih ingat buku berbentuk bibliografi berkartun Aku Budak Minang bewarna ungu kavernya, kerana itulah buku pertama dalam hidup aku baca dan hadiah hari jadi kedua selepas karipap tiga ketul dari kakak kedua aku (sekarang guru).Dua tu sahaja gua dapat hadiah besday sepanjang hidup kihkihkih.



Zaman kegemilangan Ujang adalah pada tahun 90-an, ketika mula-mula melukis untuk majalah gila-gila pada tahun 1984 dan meletak jawatan 10 tahun kemudian pada 1994.

Kemanakah ujang menghilang?

Pedoman dari Secebis Nota Bunuh Diri Pelajar Unimas 30.03.2011

Mungkin agak kurang enak dan kurang sesuai jika aku membuat entry ini tetapi moga entry ini dapat menjadi panduan pada kita yang masih berpegang kepada agama dan masih lagi percaya BUNUH DIRI ADALAH DOSA BESAR.

Dari apa yang aku amati dari 'nota bunuh diri' dari blognya..ya! dia mempunyai blog, aku mengetahuinya dari seorang rakan maya yang juga merupakan bekas graduan dari unimas.

Jika benar itu blognya, memang ada terselit dua entry terakhir sebagai bukti yang dia benar-benar nekad untuk bunuh diri dan ia sedikit sebanyak seiras apa lagi 'kembar' seperti yang aku sedang alami.Cuma yang membezakan aku masih hidup untuk menaip dan dia...



Petikan entrynya bertajuk 'I Just Realized.....'

In this life, there is nothing that you hoped will actually come true as you imagine…

All the frustration I had in these past few weeks had merge my body and soul for the longest period of time since for so long…

I only hoped that this will not become my breaking point and I can continue to Contribute..

But as matters worsens, I may do things in a suicidal compulsion…

I just hoped it won’t be too quickly..

Anyway.. anyone that reads this.. If I finally departed.. I wish to make sure my family knows EVERYTHING there is to know about me… Even if it was the worst of me.. that was who I am…

God would send me to hell for all that I’ve done but who cares when it was too late anyway…

so that will be my good bye and I hoped it wouldn’t be soon but not too long as well… Living is HARD…

*Perhatikan tarikh ia di post dan tarikh kematian..sebulan..so, tiada siapa yang peduli..


Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar


"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70  kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati  orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk  mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Sabda Nabi Muhammad S.A.W
tanda-tanda kematian

100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
 

40 Hari Tanda Sebelum Kematian 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.


Senarai Pemain-Pemain Muslim (Islam) di English Premier League (Barclay Premier League muslim footballer)


"let's kick out racism"

Sebelum apa-apa mari kita hayati ayat diatas dalam bahasa malaysianya 'mari sepak jauh-jauh (racism dalam bahasa malaysia ape ek) racism".Artikel ini tiada kena mengena dia muslim dia okay dan dia tak muslim dia tak okay.Ini hanya sekadar informasi dan tatapan sahaja.

Tiba-tiba rasa terpanggil mencari keyword 'muslim footballer' di youtube setelah selesai meng'khatam'i video jack wilshire dan ternampak taged di sebelah seorang pemain sedang berdoa memakai jersi kuning berlambangkan meriam.

Jadi, semangat membunuh kucing meow-meow mula terembes di segenap ruang medula oblangata sehingga tangan gatal-gatal nak research untuk 'Barclay premier league muslim footballer'.

Arsenal
Robin van persie, Bacary Sagna, Nacer Barazite, ,abou diaby,thiery henry (subhah), Marouane Chamakh, Johan Djourou

Mesut Ozil Doa

Everton
Aiyegbeni Yakubu,Leon Osman,Marouane Fellaini

Manchester City
Kolo Toure, Yaya Toure, Edin Dzeko, Samir Nasri

Sunderland
Lorik Cana, Sulley Ali Muntari, el-muhammadi


Maria Ozawa, are you okay?

Kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda jepun pada 11 mac 2011 bukan sahaja mengejutkan para metereologist dan pengkaji alam sekitar tetapi peminat setia pelakun lucah ternama jepun maria ozawa a.k.a miyabi, seorang kacukan kanada-perancis-jepun yang berusia 25 tahun.




Apa ke sangap benar orang indonesia ni, ingatkan puak-puak pendatang yang ada kat malaysia jer jenis tak bertamadun.Rupa-rupanya yang boleh di katakan sudah maju mungkin sebab boleh menggunakan rangkaian sosial twitter pun turut sama sangapnya.

Tidak tahu lah mungkin selepas si maria ozaya a.k.a miyabi (japanese 'perfect' pornstar) membintangi filem arahan dari negara itu, filem komedi bertajuk 'menculik miyabi' yang dikeluarkan pada tahun 2009.Satu lagi filem yang dibintangi pornstar itu di negara indonesia adalah 'Hantu Tanah Kusir' yang dikeluarkan pada 25 november 2010 turut berjaya melepasi pasaran antarabangsa ke singapura dan sedikit sabah.

Antara serious atau seloroh itu mereka sahaja yang tahu.Dengan tersebar meluasnya tweet berbunyi..

"maria ozawa, kamu baik-baik aja?"
"aku harap kamu okay"
"tolong selamatkan maria ozawa"
"tolong lindungi maria ozawa"

Kebimbangan itu turut sama di kongsi oleh penerbit bagi filem terbabit:

“Frankly I lost contact with her (Miyabi), my last contact with him about 1-2 hours before the 8.9 magnitude earthquake and tsunami, then I sms and the phone she is not accept and also do not reply my sms,”said Ody Mulya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...