Antara blogger otai dan burger otai...I'm okay!








TRAFIK

BLOGGER OTAI
Derang tak perlu risau pasal ni sememangnya pelanggan blog derang akan terus berduyun-duyun masuk kalau entry (penulisan) masuk yakni di publish.Apa tidaknya, pergi la mana-mana blog mesti orang sama jer dekat blog list sape-sape, mencanak beranak trafik dari backlink gua kabo kat lu orang.

BURGER OTAI
Kepakaran dalam mencari port nak set up gerai tu penting, dalam bahasa mat rocknya cari tapak,bukan di setapak mungkin di gombak.Kalu bukak gerai kat kawasan kubur ade ke orang nak gi beli, lagipun beger ni malam-malam baru brader-brader dan siste-siste nak makan.Susah tu nak cari port tuk buat entry (burger) bagi ramai pengunjung.

BUSTED: burger otai busted di kalahkan mentah-mentah tanpa di panggang oleh blogger otai dalam aspek ini


RAMUAN

BLOGGER OTAI
Apa nak heran dengan ramuan (isi entry) bagi blogger-blogger otai dan fofuler,follower dah riban-riban, cube suruh derang letak pendek jer 'assalamualaikum or hai'..sumpah seranah gua cakap lu kalau tak 100 komen mungkin 400 belas komen tu belum kire likes dan shared di facebook apa lagi di twitter.Bila dah suka lantak lah isi apa pun yang di tulis, i loike uuu..auuuuu..i'm okay!

BURGER OTAI
Kepakaran lagi diperlukan oleh si pembuat beger dalam memilih ramuan yang asli dan oke mengikut citarasa lemak berkrim di sukai ramai ni.Sebab pelanggan ni bermacam-macam memilihnya kalah year end sales nyer diskaun, ade yang nak bawang lebih, tak nak sayur, ade yang nak beger daging tapi tak nak buh daging pun ade cane tu?.Jadi penjual beger otai terpaksa tongkat dagu lagi.


BUSTED: alahai..burger otai busted lagi bila ko nak menang ni..dah 2-0 der!


PROMOSI

BLOGGER OTAI
Bab ni kalau di utarakan memang tak boleh lawan, geng-geng otai memang terrer, SEOnya,CEOnya,dan macam-macam EOnya.Bukan itu sahaja dah nama otai kan, kalau di facebook atau di twitter mereka sudah mempunyai subscriber yang setia menanti walau di mana jua..ewah dah macam slogan ape ntah.Chat box kalau kene isi minyak petrol, memang harga ron97 naik lagi la.Feed-feed entry sentiasa masuk.Senang cite derang duduk goyang jari je la tunggu duit riban-riban je masuk kat akaun.


BURGER OTAI
Sebelum di francaiskan macam mcdonald dan burger king ni, memang pemilik dan penjual burger otai ni rabak sikit dalam isu ni.Selama hanyat aku hidup takde nampak lagi beger otai masuk tv apa lagi radio tu belum dalam cd lagi apa lagi youtube..i'm okay!.Untuk kemandirian spesis mereka, mereka bergantung kepada sistem komunikasi zaman dahulu dari mulut cik kiah ke mulut cik jenab.Betapa susahnya nak jual walau sebiji benjo.


BUSTED: gua syak dah kene titik banyak jugak si burger otai ngan blogger otai ni.



SESI BERAMAH MESRA


BLOGGER OTAI
Chapter ni gua tak berani nak ulas panjang sebab gua pun bukan otai, gua dengar dan dari statistik pemerhatian gua ada dengar yang mereka ni jenis sombong-sombong.Entah la der, mungkin ada betulnya juga dah fofuler, gilo apo tak rasa bangga, pergh gua kalau termasuk dalam kategori otai ni pun macam nak buat rumah dengan limo jer, kate artis.Tapi sorang jer yang gua salute dan sayang oopss!, otai pompuan..dah la comel..friendly lagi...baik hati..oke dah terlebih..die terkecuali..gua jumpa ada yang kondem dia memang gua hempuk ngan batang kriket hehe

BURGER OTAI
Demi menjaga reputasi dan kemampanan bisnes yang menghasilkan laba dan mutu serta keunggulan peniaga beger otai memang menitikberatkan nilai kosopanan dan kesusilaan ini.Bak slogan mereka yang aku reka "pelanggan di dahulukan, beger otai dah siap".Tak pernah lagi masuk berita dan ketika gua beli beger ada pelanggan yang banyak songeh kene rodok ngan apa dia panggil yang angkat-angkat daging tu, atau kene kepit hidung ngan pengepit sayur.


BUSTED: wahaha..akhirnya burger otai menang kali ni mem'busted'kan blogger otai..syabas bete!mukherjee!..mukherjee!



kesimpulannya, ahh..korang yang ter baca entry ni sila la simpul-simpulkan sendiri gua dah lama tak main layang-layang kang berbelit.*gua selalu letak "ter"baca tu sebab gua bukan otai,korang kene paham haha




Ditulis oleh: meet pak cik otai ko ceng mung
(terpaksa di ganti penulis kerana si emo mijae sudah kembali ke rahmatullah adanya)


pemusnah semut
: ini pun autopublish jugak sempena menunggu santa klaus masuk bagi stoking baru.Bersama-samalah kita berazam menjadi blogger yang otai sambil menyokong kemandirian spesis burger otai.sekain



autopublished pada: 16 Dec 2010

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. aku suka burger otai..ramuan dia sedap..lg lazat untuk dinikmati..hehe..

    BalasPadam
  2. kalau blogger otai buat part time jual burger otai plak ape cite der?

    BalasPadam
  3. lu punya follower dh dekat 500... kira otai la tu...haha

    otai = old timer..

    BalasPadam
  4. haha..nak mkn blogger otai boleh?xmau mkn beger otai?ahahahaha

    BalasPadam
  5. nie blogger otai sudah datang nak rage lu.. ehhh,, cam ne leh lupa drtn plak nie.. silap2.. penjual burger otai yg sbnrnya.. jemputlah beli burger otai dari gua.. sbb tukang msk aka pembuat burger otai yg gua upah tu dambaan lu.. alahhh,, yg ad lu selit2 lam n3 nie.. miss L (terpaksa dirahsiakan identitinya atas tujuan keselamatan)..

    BalasPadam
  6. haha..terus jadi lapar.kesian kat burger otai.=)

    BalasPadam