Israel Pun Gelak Dengan Umat Islam Kini

apa guna sekadar cantik tp...


Gua mau ulas topik ni bukan atas riak mahupun nak menunjuk-nunjuk yang gua pergi ke masjid.Tapi kadang-kadang walaupun gua ni seorang yang bukan lah alim sangat dan bercakap pun entah apa-apa.Semasa gua duk sorang-sorang tadi bersandar pada gulungan karpet di sebuah masjid dekat perumahan gua ni.Tiba-tiba terlintas di hati gua.

Sambil mata melilau melihat pak cik-pak cik yang sedang turut sama menunggu masuknya waktu isyak selepas selesai membaca yasin.Apa yang dapat gua perhatikan hanya golongan veteran atau lebih mudah di fahami,ialah gologan tua sahaja yang ada, dan beberapa kanak-kanak,itupun mungkin di paksa oleh ibubapa mereka.

Bagi golongan belia seperti gua boleh di bilang dengan jari.Itupun mungkin tiada.Ini semua kerana mentaliti lapuk kita yang selalu kita ucapkan iaitu sikap tipikal seorang islam melayu 'tak apa'.

"tak apa lah,muda-muda kita enjoy,dah tua-tua nanti kita tobat lah"

Tobat tengkorak hang.Masa muda ni lah Tuhan dan berikan kita semua cukup lengkap,kecuali yang istimewa,dengan anggota badan sihat cukop sempurnanya,akal masih berfikiran dengan aktifnya dan sebagainya la.Takkan nak sampai orang papah ke masjid baru masa tu nak ingat tikar sejadah kat masjid,gua ulang 'tikar sejadah kat masjid'.


Oke,gua nak lupakan soal umur golongan yang berjaya di buka pintu hati ke masjid.Sudah tiba waktu solat isyak pula,mungkin pada masa itu gua terlambat sebab pergi berwudu' dan terpaksa solat pada saf terakhir.Apa yang dapat gua tengok walaupun gua berada pada saf yang terakhir,gua hanya dua baris jauhnya dari imam.Oke,senang cerita saf terakhir tu adalah saf yang kedua.Ramai bukan,itu pun saf terakhir di penuhi jemaah kanak-kanak.


Baiklah,kita ke prospek yang agak besar sikit.Bila kapal-kapal kemanusian yang ingin menghantar bantuan ke gaza baru-baru ini di serang dan di ceroboh oleh pengganas-pengganas yahudi,semua umat di dunia termasuk negara kita tak kira apa bangsa dan agama mengutuk sekeras-kerasnya apa tindakan dayus yang di lakukan tentera rejim itu.Sehinggakan banyak group-group di facebook di wujudkan sebagai tanda protes dan kutukan terhadap israel laknatullah.Bahkan ada juga idea dan semangat dengan menukarkan picture profile masing-masing kepada gerakan pro-palestin dan sebagainya pada sebuah laman sosial yang sememangnya milik bangsa yahudi.


Sebelum gua melalut sampai ke dunia luar,mari kita kembali kepada komuniti kita balik.Gua ada terbaca satu forum dan pernah juga mendengar di ceramah masjid suatu ketika dulu,iaitu dialog antara askar rejim zionis dengan pelajar malaysia (gua kurang ingat derang belajar kat mana)


antara dialog tersebut:


askar yahudi : dari mana?

pelajar : malaysia

askar yahudi: agama aper?

pelajar : islam (sambil itu si askar td bercakap dengan kawannya sambil melihat curiga)

askar yahudi: bagaimana keadaan islam di malaysia
pelajar : oke,alhamdulillah
askar yahudi: maksud aku,bagaimana keadaan masjid di malaysia,adakah solat subuh seramai solat jumaat?

pelajar : adalah dua tiga kerat,kipas dan tiang lebih banyak dari jemaah
askar yahudi : (tersenyum sinis sambil berkata) SELAGI SOLAT SUBUH UMMAT ISLAM DI DUNIA INI TIDAK PADAT/DIHADIRI/SERAMAI SOLAT JUMMAT MAKA, MASJID AL-AKSAR(BAITULMAKDIS) INI AKAN KEKAL DLM TANGAN YAHUDI, DAN DUNIA INI AKAN KAMI KUASAI




kemudian askar-askar yahudi tersebut melepaskan mereka melepasi sempadan israel-palestin dengan ketawa tanpa henti.

Dari dialog kat atas dapatlah gua bayangkan si laknatullah yahudi tu pun tahu apa kelebihan kalau berjemaah selain dari dapat 27 kali ganda pahala solat sendirian,masjid adalah tempat menyatu padukan umat islam kita kini.Sehinggakan si penyangak-penyangak israel itu takut jika umat islam di dunia dapat bersatu sebagaimana pada solat-solat wajib yang lain sama ramainya bilangan dengan hadirin ke masjid pada waktu solat jumaat.

Apa yang agak menghairankan gua la kan, oke la gua tak nak la compare dengan solat subuh,yer memang gua pun jarang pergi sebab ngantuk la terlepas la,cuba kita compare dengan zohor serta asar (mungkin leh consider waktu kerja,tp leh ke ibadat di consider2?), dan maghrib serta isyak.Kenapa bilangan solat berjemaah di masjid tidak sama dengan bilangan solat jumaat yang sememangnya leh menyebabkan ada yang terpaksa hampar tikar extra lagi.


Jika hendak di kira hukumnya sama,wajib (solat jumaat wajib bg lelaki, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya).Tetapi mengapa pada solat-solat wajib yang lain bilangan jemaahnya tidak seperti solat jumaat.Fikir-fikirkanlah Tuhan bagi akal bukan untuk fikir benda yang lain.Cuba anda fikirkan kita hidup ni untuk apa?adakah semata-mata belajar?pastu dapat kerja?Dah dapat kerja semua sempurna,atau adakah hidup ni semata-mata kerja.Ingatlah Tuhan jadikan kita di dunia ada sebab musababnya bukan sekadar hidup sahaja.Jadilah hambanya yang sebenar-benar hamba.


Gua membebel ini gua tak tujukan pada siapa-siapa,gua tujukan untuk diri gua sendiri,dalam gua duk menaip ini harap-harap apa yang gua taip ni gua dapat insafkan diri gua,lagipun gua takda microsoft word nak copy jadi alang-alang gua taip kat blog ni.Dan jika ada yang tergerak nak baca dan cuba menginsafi diri alhamdulillah.Sebab nak mengubah sesuatu yang besar itu susah jadi kita mulakan dengan diri sendiri.



anda fikir faham kenapa israel pun gelak kepada umat islam?anda fikir sekali lagi...

assalamualaikum....


p/s: setelah siap n3 ini dan di drafkan gua tertido,serta gua termimpi gua di zmn arab dulu sambil memegang pedang berperang huhu




Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. yer saya paham... umat islam bersatulah.. jgn dengki.. sama-sama tegakkan syiar islam....

    BalasPadam
  2. peringatan untuk diri sendiri jugak.. tapi memang la, ni la yg kita nmpak skrg.. aku kalau dgr org ckp "tak apa lah,muda-muda kita enjoy,dah tua-tua nanti kita tobat lah" geleng kepala..haih..

    BalasPadam
  3. atok..gua tabik sama lu:)..
    thanks sedikit sebanyak gua nampak apa y yahudi babi sial tue pandang umat islam..
    malu betoi..
    usaha untuk xtinggalkan solat..doakan..:)..

    thanks atok..

    BalasPadam
  4. tu la payahnye..maksud yahudi tu, bila umat islam nak bersatu? kalau bersatu pn dua tiga empat kerat je..mana nak cukup...negara islam mcm arab, turki, mesir, iran etc..xde pn nk bersatu..punye la bncang bagai nak rak..tp sepakatnye xde..alasan jage hubungan diplomatik..yg kite pulak, tau bnde ni semua, tp xboleh nak buat ape2.. sbb iman kite pn lemah..cume boleh benci dlm hti je...zzzzz..okay terbebel lak kat sini....maaf..

    BalasPadam
  5. asal nak tabik gua bukan askar hahaha..

    gua citer ni dari pengalaman gua bergaul ngan org2 kat masjid tu..lu pun ke sape2..cuba la pergi kat masjid ke kalau tak bz hehehe..paling kurang pun maghrib dan isyak hehe..lgpun lu ngan adli kan dh nak ehem2..hoho

    BalasPadam
  6. tu lah..kadang2 walaupun kita di perlukan berjihad tapi semuanya dah endah tak endah..

    paling2 lemah dakwah adalah melalui hati..macam lu buat tu tanda xpuas ati dgn geleng2

    BalasPadam
  7. tepat tp kurang afdal hehehe..

    kat sini gua nak gitau..betapa pentingnya kalau umat2 islam ni pergi imarahkan masjid..secara tak sengaja mereka akan bersatu hehe

    BalasPadam
  8. correct!!
    banyak betulll..si yahudi ni boleh lagi permainkan dengan berkata demikian seperti perlekeh la orang islam ni..lagipun bukan salah mereka btol ape..kita sendiri yang perlekehkan diri kita..tp tak tahu lah kak..bila la solat subuh berjemaah kat masjid (yg melambangkan perpaduan umat islam tu akan tercapai) seramai semasa solat jumaat huhu..

    nice kak ni bukan bebel..ni yg gua nak feedback dari pembaca hehe..

    BalasPadam
  9. aku pun jarang gi solat kat surau. aku mengaku. kalau pergi pun selalunya terawih. heee~

    tapi betul la apa kau cakap. ayah aku ni memang selalu solat surau, sebab dia macam orang kuat surau. dia cakap, kalau ada pun kekadang 5 orang jer solat berjemaah kat surau. tu pun semua pakcik2 dah pencen. mana agaknya anak-anak muda. aku pun la juga anak muda...heee~

    BalasPadam
  10. kukuhkan keimanan.. akan mula perpaduan terjalin..

    BalasPadam
  11. agak memalukan
    hmm..kita masih tak sedar semua ni kan

    BalasPadam
  12. sangat nice entry ni. bila agaknya l0lly nak insap ni ?


    jom p masjid cecame :)

    BalasPadam
  13. moga ia menjadi ingatan sesama kita

    BalasPadam
  14. kipas dan tiang lebih banyak dari jemaah :(

    BalasPadam
  15. " SELAGI SOLAT SUBUH UMMAT ISLAM DI DUNIA INI TIDAK PADAT/DIHADIRI/SERAMAI SOLAT JUMAAT MAKA, MASJID AL-AKSAR(BAITULMAKDIS) INI AKAN KEKAL DLM TANGAN YAHUDI, DAN DUNIA INI AKAN KAMI KUASAI "

    ayat ni ade lam Al-Quran yg mempunyai maksud hampir serupa..

    BalasPadam
  16. salam..org yg bngun solat subuh ni org yg kuat...sbb majaoriti pyah nk bngkit bgi..wktu solat yg lg 4 tu diluar wktu tidur..mka tak hairan la blh dtg msjid..xjemaah kt msjid/surau leh jemaah kt rumah..
    klu siapa yg pergi masjid/surau solat subuh mmg kuat la..di sininya leh nmpk kekuatn dlm diri..klu dlm diri dh kuat maka bila bersatu makin kuat la..
    klbhn solat subuh berjemaah, keselamatan dia terjamin pd hari itu & tak ada siapa blh mencelakakan dia sbb Allah lindung dia. org yg zalim tkut dgn org yg solat subuh berjemaah, dia xblh kcau..

    BalasPadam
  17. hurmm....ntah la abg mijie..hahaha!gua insaf kejap bace entry lu nie....rajin lu g masjid yup..ade adik tak untuk gua usha?usha lu wtpe ntah..lu dah tua..hahahaa

    BalasPadam
  18. isk isk isk..insap kejap jer tu..ape nak jadi ni ayam..biler la gua leh tgk id..ayamInsaf hahaha

    BalasPadam
  19. btol tu nice view..very nice view..sebab itu kita bandingkan antara jemaah solat jumaat dan solat subuh..jika mampu pergi berjemaah subuh 'sekuat' seperti kita menunaikan solat jumaat..maka tiada siapa yang boleh sangkal lagi kekuatan umat islam pada masa itu..lagipun bende ni memang ada dalam quran

    BalasPadam
  20. betul. nama je maju, tapi sebenannye makin ke belakang. dunia oh dunia. semua leka dengan dunia...

    BalasPadam
  21. dari kecil sy ikut abah sy pegi solat subuh bejemaah kat masjid.....dan alhamdulillah sampai sekarang ia masih berterusan......seribu ketenangan dapat dirasai di waktu subuh.....

    BalasPadam