Israel Pun Gelak Dengan Umat Islam Kini

apa guna sekadar cantik tp...


Gua mau ulas topik ni bukan atas riak mahupun nak menunjuk-nunjuk yang gua pergi ke masjid.Tapi kadang-kadang walaupun gua ni seorang yang bukan lah alim sangat dan bercakap pun entah apa-apa.Semasa gua duk sorang-sorang tadi bersandar pada gulungan karpet di sebuah masjid dekat perumahan gua ni.Tiba-tiba terlintas di hati gua.

Sambil mata melilau melihat pak cik-pak cik yang sedang turut sama menunggu masuknya waktu isyak selepas selesai membaca yasin.Apa yang dapat gua perhatikan hanya golongan veteran atau lebih mudah di fahami,ialah gologan tua sahaja yang ada, dan beberapa kanak-kanak,itupun mungkin di paksa oleh ibubapa mereka.

Bagi golongan belia seperti gua boleh di bilang dengan jari.Itupun mungkin tiada.Ini semua kerana mentaliti lapuk kita yang selalu kita ucapkan iaitu sikap tipikal seorang islam melayu 'tak apa'.

"tak apa lah,muda-muda kita enjoy,dah tua-tua nanti kita tobat lah"

Tobat tengkorak hang.Masa muda ni lah Tuhan dan berikan kita semua cukup lengkap,kecuali yang istimewa,dengan anggota badan sihat cukop sempurnanya,akal masih berfikiran dengan aktifnya dan sebagainya la.Takkan nak sampai orang papah ke masjid baru masa tu nak ingat tikar sejadah kat masjid,gua ulang 'tikar sejadah kat masjid'.


Oke,gua nak lupakan soal umur golongan yang berjaya di buka pintu hati ke masjid.Sudah tiba waktu solat isyak pula,mungkin pada masa itu gua terlambat sebab pergi berwudu' dan terpaksa solat pada saf terakhir.Apa yang dapat gua tengok walaupun gua berada pada saf yang terakhir,gua hanya dua baris jauhnya dari imam.Oke,senang cerita saf terakhir tu adalah saf yang kedua.Ramai bukan,itu pun saf terakhir di penuhi jemaah kanak-kanak.


Baiklah,kita ke prospek yang agak besar sikit.Bila kapal-kapal kemanusian yang ingin menghantar bantuan ke gaza baru-baru ini di serang dan di ceroboh oleh pengganas-pengganas yahudi,semua umat di dunia termasuk negara kita tak kira apa bangsa dan agama mengutuk sekeras-kerasnya apa tindakan dayus yang di lakukan tentera rejim itu.Sehinggakan banyak group-group di facebook di wujudkan sebagai tanda protes dan kutukan terhadap israel laknatullah.Bahkan ada juga idea dan semangat dengan menukarkan picture profile masing-masing kepada gerakan pro-palestin dan sebagainya pada sebuah laman sosial yang sememangnya milik bangsa yahudi.


Sebelum gua melalut sampai ke dunia luar,mari kita kembali kepada komuniti kita balik.Gua ada terbaca satu forum dan pernah juga mendengar di ceramah masjid suatu ketika dulu,iaitu dialog antara askar rejim zionis dengan pelajar malaysia (gua kurang ingat derang belajar kat mana)


antara dialog tersebut:


askar yahudi : dari mana?

pelajar : malaysia

askar yahudi: agama aper?

pelajar : islam (sambil itu si askar td bercakap dengan kawannya sambil melihat curiga)

askar yahudi: bagaimana keadaan islam di malaysia
pelajar : oke,alhamdulillah
askar yahudi: maksud aku,bagaimana keadaan masjid di malaysia,adakah solat subuh seramai solat jumaat?

pelajar : adalah dua tiga kerat,kipas dan tiang lebih banyak dari jemaah
askar yahudi : (tersenyum sinis sambil berkata) SELAGI SOLAT SUBUH UMMAT ISLAM DI DUNIA INI TIDAK PADAT/DIHADIRI/SERAMAI SOLAT JUMMAT MAKA, MASJID AL-AKSAR(BAITULMAKDIS) INI AKAN KEKAL DLM TANGAN YAHUDI, DAN DUNIA INI AKAN KAMI KUASAI




kemudian askar-askar yahudi tersebut melepaskan mereka melepasi sempadan israel-palestin dengan ketawa tanpa henti.

Dari dialog kat atas dapatlah gua bayangkan si laknatullah yahudi tu pun tahu apa kelebihan kalau berjemaah selain dari dapat 27 kali ganda pahala solat sendirian,masjid adalah tempat menyatu padukan umat islam kita kini.Sehinggakan si penyangak-penyangak israel itu takut jika umat islam di dunia dapat bersatu sebagaimana pada solat-solat wajib yang lain sama ramainya bilangan dengan hadirin ke masjid pada waktu solat jumaat.

Apa yang agak menghairankan gua la kan, oke la gua tak nak la compare dengan solat subuh,yer memang gua pun jarang pergi sebab ngantuk la terlepas la,cuba kita compare dengan zohor serta asar (mungkin leh consider waktu kerja,tp leh ke ibadat di consider2?), dan maghrib serta isyak.Kenapa bilangan solat berjemaah di masjid tidak sama dengan bilangan solat jumaat yang sememangnya leh menyebabkan ada yang terpaksa hampar tikar extra lagi.


Jika hendak di kira hukumnya sama,wajib (solat jumaat wajib bg lelaki, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya).Tetapi mengapa pada solat-solat wajib yang lain bilangan jemaahnya tidak seperti solat jumaat.Fikir-fikirkanlah Tuhan bagi akal bukan untuk fikir benda yang lain.Cuba anda fikirkan kita hidup ni untuk apa?adakah semata-mata belajar?pastu dapat kerja?Dah dapat kerja semua sempurna,atau adakah hidup ni semata-mata kerja.Ingatlah Tuhan jadikan kita di dunia ada sebab musababnya bukan sekadar hidup sahaja.Jadilah hambanya yang sebenar-benar hamba.


Gua membebel ini gua tak tujukan pada siapa-siapa,gua tujukan untuk diri gua sendiri,dalam gua duk menaip ini harap-harap apa yang gua taip ni gua dapat insafkan diri gua,lagipun gua takda microsoft word nak copy jadi alang-alang gua taip kat blog ni.Dan jika ada yang tergerak nak baca dan cuba menginsafi diri alhamdulillah.Sebab nak mengubah sesuatu yang besar itu susah jadi kita mulakan dengan diri sendiri.



anda fikir faham kenapa israel pun gelak kepada umat islam?anda fikir sekali lagi...

assalamualaikum....


p/s: setelah siap n3 ini dan di drafkan gua tertido,serta gua termimpi gua di zmn arab dulu sambil memegang pedang berperang huhu




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...