ku lihat LAYU dalam meLAYU



memang zaman sekarang duit adalah raja,jangan cuba betulkan ayat gua ni memang terbukti,lain la kalau ada lagi yang masih menggunakan sistem barter.Semuanya adalah duit.Oh! ade yang kata duit tak boleh beli kasih sayang,mungkin dahulu pernyataan ini masih relevan tapi adalah ianya masih relevan sekarang?cuba anda fikirkan sendiri.Zaman sekarang jika di kaitkan dengan duit kita akan kenali seseorang itu dengan pangkatnya,kedudukannya dalam masyarakat dan kuasanya serta pengaruhnya


Oleh hal demikian, dari kekayaan seseorang kita boleh mengukur sejauh mana pengaruhnya serta nilai seseorang dalam komuniti.Gua tak nak melihat dari aspek individu, tetapi dari secara meluas.Gua bukan mau bercerita tentang duit sekarang, gua jadikan duit ni sebagai pengukur standard kerana memang, bagi orang islam kita melihat seseorang itu dari aspek imannya.Tapi jika kita bercakap tentang global semua ni merangkumi banyak anutan agama.Jadi duit serta nilai kekayaan seseorang menjadi pengukur

Kita bermula dengan dunia..Ya,dunia.siapakah orang yang terkaya sekali sekarang ni di dunia?Mengikut majalah forbes, orang yang terkaya sekali setakat ini adalah bukan lagi Bill Gates (kedua sekarang) tetapi telah di rampas oleh insan bernama carlos slim helu seorang berbangsa mexico yang memiliki aset sebanyak di anggarkan $53.5 billion. (setakat 2010 ni)

Kita sudah tahu siapa terkaya di dunia kan?Oke,mari kita tengok pula ranking negara kita dalam mengeluarkan orang terkaya lak.Mengikut majalah itu juga, malaysia berada dalam kelompok 22 negara yang mempunyai billionaire berbanding 194 negara yang lain, itu pun 9 orang.Mari kita kenali pula siapa pemegangnya.Mungkin ada yang pernah dengar nama ni atau mungkin tidak mengikut majalah tersebut ananda krishnan berada pada kedudukan 89 (not bad in 100) dengan kekayaan 71 billion us dollar estimated.


Dengan rasa bangganya gua terus tekan mencari lagi.Ape yang gua cari?Oke gua tak jumpa pom nama dari 9 orang itu adalah menggambarkannya seorang bangsa MELAYU!!!

Gua pom orang melayu, oleh itu gua cukop kenal dengan orang melayu (walaupun sedikit ade kacukan siam songkhla ekeke).Jika gua tengok perkataan melayu gua terus teringat kata-kata mantan perdana menteri kita dengan sajaknya 'melayu mudah lupa'.

Ape pemahaman gua dari orang melayu kat malaysia ni?Gua tengok melayu kat malaysia ni tiada langsung semangat nak bersaing.Tak usahlah kita nak bersaing dengan bangsa-bangsa luar sana tu dan tak usah kita nak bersaing dengan bangsa yang sedia ada di malaysia ni.Cube kita bersaing sesama sendiri sesama melayu.

Ape yang amat meyedihkan gua la kan.Ape yang gua selalu dengar dari pengalaman gua sendiri orang melayu ni,mereka masih mengekalkan tradisi 'tak apa' mereka.'Takpelah, die pandai kita kan bodoh!.."takpelah,hari ni hari dia, pasni hari kita"..wakakaka apekeder ni?Kalau semua tak apa lepas tu apa yang apa?.Cuba la kita lawan sikit perasaan tak apa ni, bila kita lihat orang lain lagi maju,apa salahnya kalau kita pun bersemangat sekurang-kurangnya menjadi macam dia lagi baik kalau menjadi lebih baik dari dia.Itu tak apa nyer version

Ade lagi satu tabii yang biase sebati ngan orang melayu, suka ikut telunjuk orang.Kamon la, kita dah merdeka sudah lama.Mengapa mesti kita ikot je acuan orang lain.Oke la gua tak nak sentuh isu-isu yang mengaitkan politik.Sebagai contoh, jika dalam keramaian atau ape-ape aktiviti yang membabitkan aktiviti sukarela.Padahal dia sudah tau dan faham apa yang di kehendaki tetapi ye lah orang kata orang melayu ni penuh adat sopan kan malu, woi..dalam hal macam ni mane ade istilah malu.Bende maksiat yang terlarang tak malu lak.Mungkin ada yang tak faham ape yang gua mengarut ni kan.Contohnya dalam kelas, "boleh sape-sape volunteer buat bende ni?"..semua diam..padahal ada yang tau, tapi oleh kerana 'malu la sangat' tu semua jadi kaku ke bai?Kamon la, jangan la rendahkan martabat sendiri.

Oh, gua tau mengapa terjadinya situasi macam di atas.Kenape?tak pecaya?Situasi di atas berlaku kerana perangai turun temurun dalam kromosom seorang melayu jugak.Orang melayu memang power dalam satu aspek.Memang gua salute la der.Iaitu skill "bahan-menbahan" atau nama saintifiknya 'menganjing'.Ape yang lu oraang dapat kalau lu cube menbahan orang?oh gua leh bagi jawapan tuk soklan ni.Bila lu bahan orang, orang lain akan suka,jadi bila orang lain akan suka, lu akan dapat perhatian lu akan glamer di samping member-member.Ceittt!!!. Kenapa la kita perlu dapat perhatian dari cara macam tu?Kenapa tak nak dapat perhatian dengan menjawab soklan yang di berikan tadi (dalam situasi volunteer di atas)

Jika kita leh samakan bahan-menbahan ni anak, mari kita kenal pula bapaknya,iaitu cantas-mencantas, cah keting!!.Adoi, gua tak tau la nak cerita macam mana dengan hal ni.Oke la,gua tak nak mengarut panjang sampai ke mana-mana.Mari kita usha komuniti blogger kita sahaja.Cantas-mencantas ni bermula dari perasaan hasad dengki.Tak boleh tengok orang tu hbat sikit,glamer sikit.Ape la salahnya, kalau kita saling sokong menyokong.Kalau dia tu dah glamer ke hebat ke, sokong la ke kenapa lak nak kita cuba menjatuhkan masing-masing.Wei, kalau nak di lihatkan komuniti kita ni kecik aje la wei.Ape lah salah kalau rezeki yang ada tu kita makan sama-sama,masing-masing dapat habuan.Tak usaha lah kalau ada orang buat entry pasal si polan si polan, ade yang nak komen bagai cuba menjatuhkan seseorang.Itu dah memang rezeki dia nak glamer ke popular, ape salah makan sama-sama ye dak?

Tang plagiat tu tak usah la cerita kan, sampai ada yang menuduh blogger lain pencuri.Adei, ape ni weh,gua ingat gua berblogger ni sekadar hiburan untuk diri sendiri jek.Gua bukan nak sangat pom layan blog ni, gua ade lagi kerja lebih penting lam idup gua.Gua emo pasal ni bukan sebab gua terkena ke ape, sebab gua dah bosan dengar dah lali dah tengok.Gua dah tak tahu nak buat apa dah.Hal plagiat-plagiat ni sebenarnya kecik aja.Ni pun sebab memang dalam kromosom orang melayu ni dah sebati dengan malasnya, macam gua jugak kan.

Dah-dah, gua rasa scroll gua ni dah kecik dah.Lagipun gua tak reti nak tulis ayat-ayat skema, ayat-ayat bangsawan.Ni gua main taip je, lagipun gua bukan la sape-sape nak tulis cam ayat che det ke ye dak?gua tulis ni sebab gua juga orang melayu dan gua sudah mula bosan ngan komuniti kita.Oke,mungkin ada yang kata gua tak sedar diri kan,gua tak kesah.Sebab sedang cuba berusaha nak keluar kan pemikiran tipikal melayu gua ni dari kotak yang dah lama membuatkan masyarakat melayu kita ni duk lam kotak je pemikiran macam gua ni.

"takkan melayu hilang di dunia".agak-agak betol ke ayat ni.Gua rasa tak betol.Kalu lam 10 tahun lagi bangsa melayu duk nganga je macam sekarang dan tak mahu bangun-bangun sehinggakan warga asing dah mula ramai kerja kat sini tolong jangan sesekali sebut perkataan tadi.Sebelom kita bangsa melayu betol-betol nak gunakan prasa tadi kita cuba gunakan prasa ini dulu yang pernah di katakan oleh adam dalam nur kasih

"kita memang tak boleh jadi orang lain.Tapi kita boleh jadi yang LEBIH BAIK"

oke dah banyak gua mencarut kat sini.Gua nak bersipa gua ade flying phase lak ni.Gua nak cuba beli NASA dan AIRBUS.Gelak la gelak ngan ayat gua ni, sebab gua tau otak anda masih TIPIKAL MELAYU!!!


Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa -ku lihat layu dalam melayu

assalamualaikum..


p/s: kadang-kadang gua kene bagi n3 macam header gua jugak ye dak?

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. konsep mengamalkan tradisi 'tak apa' di kalangan orang melayu memang gua pun tak suka. gua cukup enti dengan orang yang buat kerja ala kadar.
    tak per, biasa2 sudah
    tak per, tak vouge pun
    tak per, janji cukup makan
    tak per tak per, last kena ngap..baru nak sangap

    niway mijae, fbi suka entry yang sedar menyedar nie. :)

    chaiyyyyyookkk

    BalasPadam
  2. ayuh melayu, bangkitlah kamu segera

    BalasPadam
  3. hahaha...bersaing ade gak. tuh yang gi tanam tanah kubur depan kedai saingan tuh. kan bersaing gak tuh. :P

    BalasPadam
  4. org melayu ade jugak yg kaya
    tapi x maw menunjuk... :)

    BalasPadam
  5. sedar atau tidak, mmg melayu ada sifat *bahagia dengan kejatuhan orang lain,* lebih suka mempertikaikan hal org lain berbanding menilai diri sendiri, apapun aku suka entry nih.!

    dunia blogging kadang2 sungguh kelakar. puncanya?. *takpuashati.takpuashati*.

    yg peliknya semua nak mengaku blogging hanya part time. jadi what the hell untuk kecoh dengan hal remeh. really funny.

    BalasPadam
  6. hal-hal plagiat macam tuh pun dah nak kecoh. Belum lagi karyawan-karywan. Dorang rilek je pasal isu plagiat/cetak rompak. Aku minat isu plagiat-plagiat nih. Banyak penulisan-penulisan diplagiatkan termasuk blogger. Blogger kebanyakan melenting, mengamuk sini situ...

    BalasPadam
  7. Kemain entri lu ni fahrin. Entri jenis darah naik kepala ni.

    Terus gua celik mata baca entri lu ni.

    BalasPadam
  8. that very phrase 'tak apa' has been leaving a lot of impacts to malays ourselves..may be that's one of the reasons why they change 'tanah melayu' into malaysia..

    it's good that the new generations see this as happening and they know they need to do something to change it..but what's more important it to put words into practice..

    good luck :)

    BalasPadam
  9. ada duit semuanya jadik kan... emmmm...

    BalasPadam
  10. yea2.. melayu memg mudah lupa... bgus n3 nie.. bgi org2 melayu yang layu tu mekar sket..

    BalasPadam
  11. orang melayu terkenal dgn sifat lembut hati...tp kene bertempat ar...

    bila mau kaya? huhu

    BalasPadam
  12. Oleh segelintir melayu yang layu ni lah, melayu yang segar turut terpalit

    BalasPadam
  13. fine!!!!

    kudo kau punya bebel sangat panjang!

    jenuh aku baca!

    ok, aku menanti kau masuk top 10 billionaire malaysia ye!!!

    chaiyok kudo!aku susul kau lepas aku habis degree..

    mari la melayu, kita maju sama-sama!

    aku juga suka jadi volunteer!
    bahahahaha

    BalasPadam
  14. err..ada x di kalangan billionaire tu adalah insan2 yg dok join mlm? sbb aku dok dgr dorg tgh tido pn blh buat duit,hari2 buat duit...klu hri2 buat duit,sure dh billionaire kn?

    BalasPadam