Header Ads

Apa Guna...Jika..Tepuk Dada Tanya Iman


"Apa Guna Jika..."

Islam Is Not Terror
Muslim is Not Terrorist | Google Image

Apa guna kalau kita memboikot dan membenci serta mengutuk kalau ada yang buat group di laman sosial yang cuba menghina nabi kita serta agama kita jika kita sendiri tidak patuh dan mengikut sunnah serta teladan dari nabi kita.Kita mudah cepat melatah jika ada pihak yang tidak berakal cuba memprovokasi dan menghina tentang nabi kita,contohnya baru-baru ni kecoh pasal ada pertandingan melukis karikatur nabi junjungan umat islam di sebuah laman sosial.Tetapi tidak pula kita tunjukkan kasih sayang kita dengan mengikut segala ajaran,teguran serta sunnahnya.

Apa guna
kita mula memaki hamun,mengutuk serta sampai membakar tempat ibadah agama lain jika ada pihak yang cuba mengapikan umat islam dengan menjadikan nama Allah sebagai mainan.Tetapi adakah kita patuh dengan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya?Sembahyang lima waktu cukupkah kita,ikut segala yang termaktub dalam rukun islam dan iman kah kita.Ataupun ada lagi yang tidak tahu apa itu rukun islam dan rukun iman.Jika semudah-mudah suruhanNya dengan menutup aurat itu pun kita sudah rasa susah nak buat apa lagi suruhanNya yang lain.

Apa guna
kita cuba menangkap dan serta mengadakan enakmen dan akta mengenai salah laku judi, jika memang sudah nampak yang judi itu haram di sisi islam.Bolehkah lagi bende yang haram boleh di halalkan?Sudah terang-terang yang judi itu haram tapi boleh di halalkan pula apa lagi yang terselindung haramnya.Kehangatan untuk layan world cup 2010 pun dah macam jadi serba salah jika terdapat unsur-unsur yang boleh memberikan dosa yang pada asalnya sepatutnya bola sepak adalah hiburan semata-mata bagi peminat bolas sepak.

Apa guna kita mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran supaya semua orang tahu yang kita akan mendirikan masjid jika nilai sebuah perkahwinan itu di cemari oleh maksiat serta khalwat masih berleluasa sehinggakan sudah menjadi trend, mungkin istilah 'musim mengawan' tu patut di masukkan di dalam kalendar harian kita.Apa tidaknya seperti musim durian pula masalah pembuangan bayi serta pelbagai masalah membabitkan keluarga muncul seperti sumbang mahram,penceraian dan sebagainya.

Apa guna
kita menghukum serta memenjarakan sesiapa yang meminum arak jika masih ada lagi kilang serta lesen bagi penjualan arak di negara kita.Tidak ada maknanya jika tidak mahu menghapuskan penjualan arak kepada umat islam jika arak itu sendiri masih ada,ada sahaja itu mungkin tidak nampak sangat tetapi kewujudan kilang arak itu sendiri nampak sangat ketaranya.

Apa guna kita cuba nak mencampuri urusan negara-negara islam yang lain jika dalam negara kita sendiri pun banyak lagi yang tak betul dan tidak berlandaskan apa yang sepatutnya di lakukan.Sebaiknya kita patut mulakan dengan diri kita sendiri,barulah keluarga kita,kawan-kawan kita,kawasan kejiranan dan baru lah cuba memperbetulkan komuniti yang lebih besar.Jika setiap individu berusaha mahu memperbetulkan diri sendiri dulu,bukan kah itu lebih senang kerana jika semua sudah berjaya memperbetulkan diri sendiri secara automatik sebuah komuniti tu dapat di perbetulkan.

Aku ni pun bukan mahu memberi teguran kepada sesiapa tetapi mahu memperingatkan kepada diri aku juga, dan jika ada yang terbaca dan mulai sedar,alhamdulillah.Kerana bala dari Allah jika Dia mahu turunkannya kerana marah dengan sebilangan makhluk, tempiasnya makhluk-makhluk yang lain juga akan di timpa bala.

Anda fikir anda tahu Apa Guna...Jika..Tepuk Dada Tanya Iman ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




















26 ulasan:

  1. Gua tengah tunggu gak demo ke apa ke yang pepuak masa panas istilah nama Allah dulu nak buat bila kerajaan halalkan judi bola ni. Masing-masing pakat diam jek. Kata perjuangkan islam. Takkan islam pada nama saja kot kan.

    Tok khatib pun tadi gua pegi semayang tak ada pun cakap pasal benda ni. Gua syak dia tengah prepare draf kutbah pasal ni kot. Takpa la gua tunggu minggu depan la tengok. Gua paham. Busy tu. Sebab kita ni masing-masing busy. Gua yang kutu ni pun busy apatah lagi orang lain.

    BalasPadam
  2. kadang-kadang manusia ni terlupa...nasib ada manusia yang sudi menegur...hope ramai yang baca dan amik ikhtibar dr sudut yang positif...

    BalasPadam
  3. hahahaha.. best la entry ni..

    paling tak leh tahan yg penjara orang minum arak tapi kilang arak masih beroperasi.. malah makin hari semakin besar.. uhh..

    BalasPadam
  4. tebaeknye entri...anar maruf nahi munkar,,,
    jazakullah khairan

    BalasPadam
  5. entry y superb..napa xgantikan ja org y bca khutbah hari jumaat y taw tengok teks ja..

    BalasPadam
  6. org melenting, marah pasal benda2 mcm ni, mmg patutla marah tapi atas dasar ap nak marah kalau benda yg haram dan halal pon masih xleh bezakan. sekadar ikot org kah?atau nak tnjuk diri bagus?..apa2 aja la..
    nice entry.

    BalasPadam
  7. betul.
    manusia selalu tak sedar.

    kadang2 kita sibuk tentang urusan tegur menegur tapi diri sndiri tidak cakna.

    sibuk umat islam ditindas, tapi diri sendiri pun tak kemana.

    sibuk jgn pkai crocs ada nama Allah, tapi tak tutp aurat buat Allah murka tak sedar pula..

    syukran atas peringatan :)

    BalasPadam
  8. bagus bro... saling ingat mengingati. =)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..berpesan untuk kebaikan.

    BalasPadam
  10. betol3..terbaek..btw,trimas singgoh blog kawe..

    BalasPadam
  11. mijae..! entri terbaek.......!
    :))

    suke bace ni...
    mmg betol pun apa y ditulis lam entri..
    bgus laa entri ni..
    berpesan2 ssama kita....

    ;))

    BalasPadam
  12. huuu........
    sadis.....
    mmg insap....




































































































    insap juger...

    BalasPadam
  13. nice entry mijae..thanx for sharing :)

    BalasPadam
  14. Agree!
    gyahahahha~

    semua skali makes sense...
    gyahahahahah~

    BalasPadam
  15. thanks for sharing...byk pengajaran...:)

    BalasPadam
  16. betul! semuanya bermula dr diri sendiri..

    ermm,kadang2 aku rasa yg cepat melatah tang isu itu isu ini seakan macam kelakar pun ada. huh

    BalasPadam
  17. sesungguhnya kita taknak berpandukan pada arahan agama maka sebab itu kita makin jauh darinya ...

    BalasPadam
  18. sy sokong en mijae.hihi..pkok pgkal dri kite ni..

    BalasPadam
  19. yang penting adalah kita sentiasa cuba memperbaiki diri sendiri..dan jika semua orang buat begitu, secara automatik sekeliling kita, komuniti, dan negara akan dapat faedahnya.

    terima kasih untuk entri yang sangat menarik ni!

    BalasPadam
  20. This is an automatic message from DISQUS.

    BalasPadam
  21. This is an automatic message from DISQUS.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.